Tampilkan postingan dengan label cerita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cerita. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Cerita Mat Rempit Insaf Selepas Mendengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Salam semua,


Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu
(  Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)




Sebagai MAT REMPIT berjaya...aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti  berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.  Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.



SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang...apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH...Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku  ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa...tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada  awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat...nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang  mengantuk dan bosan...jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR...

Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang...time gi surau...mung gi surau...NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda...KUDA zaman lening mutorsikal r.."

satu agi..

"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT...dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT...Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .

Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin  gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa...

Hok paling aku suke...awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) ...siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku...sebab aku kate ker dyer...lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang...sebab mung nok uat bini kam...kene jage r MARUAH bakal bini mung...InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia...jeput mari belake neh...rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku...PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar...kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar...siap dapat kawin dengan ustazah agi...dapat pulop kerje sedap...BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA...berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah tinjauan penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)...akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...

dop seke pando gok aku uat karangan...spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah...Matikanlah aku dalam iman...AMIN(mohon sahabat doakan)


sumber
{ Read More }


Sabtu, 28 Desember 2013

Serangan ke atas Malaysiakini cerita lama diungkit lagi




  • Premesh Chandran
  • Malaysiakini  Sep 27 2012
KOMEN serangan terhadap Malaysiakini menampakkan bahawa kerajaan semakin terdesak.

Sepanjang minggu lalu lalu, media arus perdana - TV3, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star - melancarkan serangan ke atas Malaysiakini dan organisasi masyarakat sivil kerana menerima geran dari yayasan antarabangsa yang mereka dakwa sebagai satu plot untuk menggugat kestabilan kerajaan.

NONEMalaysiakini telah diserang kerana mempunyai pelabur asing yang
didakwa dikaitkan dengan jutawan George Soros. Malaysiakini diburukkan lagi bahawa beberapa pemegang saham kami mempunyai kaitan politik.

Saya faham sebab serangan itu. Lagipun, pilihan raya semakin dekat, dan berdasarkan perkembangan semasa, keputusannya boleh memihak kepada mana-mana parti.

Oleh itu, media arus perdana telah diarah oleh pemilik politik mereka - Umno dan MCA - untuk menyerang dan menjatuhkan suara-suara yang mahukan pilihan raya bebas dan adil, menggesa siasatan dibuat terhadap pelbagai skandal rasuah dan agar prinsip-prinsip demokrasi dipatuhi dan ditegakkan.

Jadi, tidak mengejutkan apabila mereka berulangkali melaporkan tuduhan, sindiran dan perkara separuh benar, bersama-sama dengan dos hodoh perkauman - satu strategi yang disempurnakan oleh yang tidak lain dan tidak bukan - ketua propaganda Nazi Joseph Goebbels.

Mari kita lihat tuduhan ini satu persatu dan mematahkannya:

1. Tuduhan yang sama 11 tahun yang lalu

Tuduhan berulangkali oleh bekas pengarang berita Malaysiakini, YL Chong bahawa pada tahun 2001 kami merahsiakan geran RM188,000 dari Tabung Pinjaman Pembangunan Media (MDLF) dan dia meletak jawatan selepas mengambil satu pendirian mengenai perkara itu.

Tuduhan ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dicanangkan dalam media arus perdana 11 tahun yang lalu - diungkit semula pada tahun 2001 - sebagai "bukti" kaitan kami dengan Soros. Kami telah menerbitkan jawapan kami untuk mematahkannya, sejurus selepas tuduhan tersebut dibuat.

azlanPendek kata, Malaysiakini bersikap terbuka dengan kakitangan tentang
kontrak untuk membangunkan satu aplikasi perisian untuk Centre for Advanced Media Prague (Camp), yang merupakan cabang bahagian teknologi MDLF.

Chong berjumpa media dengan membuat tuduhan bahawa perjanjian itu adalah satu geran dan kami telah merahsiakan perjanjian itu. Hakikatnya, Malaysiakini sudah pun membuat pengumuman mengenai perjanjian perisian itu di lamanwebnya.

2. Orang Soros dalam lembaga pengarah Malaysiakini

Ekoran kejayaan membangunkan teknologi tersebut serta kejayaan melancarkan model langganan pada bulan Januari 2002, MDLF memutuskan untuk melabur dalam Malaysiakini - yang pertama bagi mereka dalam medium online - menyimpang daripada pelaburan tradisional mereka dalam akhbar, televisyen dan stesen radio.
 seterusnya baca di sini
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest